Thursday, February 28, 2013


Jam Tangan Hijra Wanita 

(HW01)


- RM120 per unit + RM6/RM10 (Postage)




























WATCHES & STRAPS LIST

 Mix & Match Watches:

- RM110 per unit + RM6/RM10 (Postage)









HRW 02








HRW 01




HRK 01












HJK 01



HRB 01







HJB 02




















YAHUDI PUN MENGGUNAKAN JAM TAWAF !!!

YAHUDI PUN MENGGUNAKAN JAM TAWAF !!!
FAKTA TERSEMBUNYI YANG ANDA PERLU TAHU !!!



# Gambar yg disertakan bukti menunjukkkan Yahudi dah lama menggunakan Jam ANTICLOCKWISE


Rahsia kehebatan pusingan tawaf telah lama diketahui terutamanya oleh orang-orang yahudi. Di antara bukti-bukti nyata tentang kewujudan dan penggunaan jam tawaf dalam masyarakat yahudi adalah kewujudan sebuah jam besar yang digelar sebagai JEWISH CLOCK di Prague, Republik Chzech....

Jam tersebut terletak di sudut Maiselova and Cervená, tidak jauh dari sebuah tapak perkuburan lama masyarakat yahudi di situ. Jam tersebut telah dibina pada tahun 1764 oleh seorang pembuat jam yang bernama Sebastien Landesberger.

Nombor-nombor pada jam tersebut adalah dalam bahasa Hebrew (bahasa yahudi) dan pusingan jarum dan susunan nombornya juga adalah mengikut arah lawan jam (anticlockwise).

Fakta berkenaan penggunaan jam tawaf di dalam masyarakat yahudi diperkuatkan lagi dengan penemuan kisah berkenaan pengeluaran jam-jam tangan tawaf / anticlockwise khusus untuk kegunaan masyarakat yahudi di Perancis.

Bangsa yahudi merupakan antara bangsa yang paling pintar dan licik di dunia. Selama ini kita telah digalakkan untuk menggunakan jam biasa (ikut arah jam / clockwise) sedangkan dalam masa yang sama mereka menggunakan jam-jam tawaf. Banyak fakta berkenaan pusingan tawaf telah dimanipulasi dan KEBENARAN terus dinafikan oleh media-media yang kebanyakannya pada hari ini secara terang-terangan dikuasai oleh masyarakat yahudi. Ini berkemungkinan besar dilakukan bagi mengelakkan rahsia kehebatan jam tawaf daripada tersebar dan diketahui oleh orang lain khususnya masyarakat Islam.


Kepada para peminat jam tawaf di luar sana, anda mungkin pernah mendengar bahawa suatu ketika dahulu ORIENT pernah mengeluarkan jam tangan tawaf. Tetapi, pengedaran jam tersebut kemudiannya terhenti secara tiba-tiba.

Sumber tidak rasmi menyatakan bahawa di antara sebab-sebab mengapa pengedaran jam tersebut dihentikan adalah kerana ianya telah DISEKAT oleh pihak-pihak yang mempunyai hubungan dengan yahudi dan israel. Namun, fakta ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya disebabkan kekurangan bukti…

Jam Yang Mengikut Fitrah Alam

Pusingan Tawaf Asas kepada HUKUM ALAM


“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)



Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf.



Galaksi Bumi juga berputar pada arah Tawaf

Bulan beredar tetap di atas orbitnya pada arah Tawaf 


Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk dan mouse computer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.



Elektron di dalam struktur atom juga berputar pada arah Tawaf




Sitoplasma (cytoplasma) mengelilingi nucleus pada arah Tawaf 


 Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.


Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf



Kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf.


Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah  TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.



44. Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman.
(Al-Ankabut, 29:44)





Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.





Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.





  Secara saintifiknya pergerakan Tawaf ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang memusing pada arah Tawaf, secara tidak langsung orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.

     Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf . Sebagai seorang muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaannya itu. Allah semesta alam mencipta benda dari yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf dan tidak patutlah kita sebagai hambanya menggunakan jam yang bertentangan dengan Fitrah atau Sunnatullah. Marilah kita berhijrah, hijrah dengan mengikut jam yang Fitrah, hijrah cara kita berfikir, hijrah dari keburukan kepada kebaikan dan hijrah dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang...